SARINGAN 2 MEMBACA/LISAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pemantauan saringan 2 membaca/lisan telah di jalankan bermula 01 Ogos 2018 hingga 14 September 2018. Pemantauan ini bertujuan untuk membimbing dan membantu guru-guru dalam mengendalikan saringan di sekolah masing-masing. Sebanyak 36 buah sekolah telah dikunjungi di daerah Kota Tinggi.

Advertisements

PROGAM WE SHARE WE CARE SK LINGGIU

Program We Share We Care merupakan bengkel Literasi Bahasa Inggeris bagi ibu bapa murid-murid tidak menguasai Saringan 1 LINUS2.0 LBI. Bengkel ini berlangsung pada 29.07.2018. Ia bertujuan untuk mendedahkan kepada ibu bapa soalan-soalan Saringan yang diberikan kepada murid-murid. Selain itu, bengkel ini juga berkongsi cara-cara ibu bapa dapat membantu anak-anak untuk mengukuhkan asas Literasi Bahasa Inggeris.

KONSULTASI LINUS2.0 PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KOTA TINGGI

Konsultasi LINUS2.0 merupakan perbincangan 2 hala antara PPD Kota Tinggi dan Sekolah-sekolah rendah terpilih di daerah Kota Tinggi. Sebanyak 6 buah sekolah bertuah telah terpilih dalam dialog ini. Konsultasi ini dipengerusikan oleh Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Kota Tinggi dan Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kota Tinggi. Konsultasi ini berlangsung selama 3 hari bermula 23.07.2018 hingga 25.07.2018.

 

PROGAM INTENSIF LINUS2.0 (PIL) DAN MASTERING ALPHABET & PHONICS (MAPS) SIRI 2 2018

 

Program Intensif LINUS2.0 (PIL) dan Mastering Alphabets & Phonics (MAPS) Siri 2 2018 telah dijalankan sepanjang bulan Julai yang lepas. Program ini bertujuan untuk mengenal pasti murid-murid yang tidak menguasai serta tahap keupayaan murid tersebut dalam mempelajari asas literasi dan numerasi. Sebanyak 35 buah sekolah di daerah Kota Tinggi terlibat dengan progam ini.

PROGRAM TING-TING MINDA (KONSTRUK 9) : SK BANDAR MAS

Sekolah : SK Bandar Mas

Nama Program : Ting-Ting Minda (Konstruk 9)

Tarikh : 01 Mei 2018

Butiran : Kelas tambahan LBM ini berfokus untuk murid Tahun 1. Kaedah yang dijalankan dalam program ini berbentuk permainan yang dinamakan Ting-Ting Minda. Tapak Ting-Ting itu dibuat oleh ibubapa yang hadir pada hari berkenaan. Melalui permainan ini, murid-murid dapat menyebut perkataan mengandungi digraf dengan betul.

Cara Permainan :

1. Murid lompat dlm Ting-Ting kemudian pilih suku kata pertama disebelah sayap kiri Ting-Ting.

2. Pilih sambungan sukukata tadi di sebelah sayap kanan Ting-Ting.

3. Letakkan perkataan tersebut dibahagian atas (kepala Ting-Ting).

4. Akhir sekali, minta murid tersebut eja dan sebut dengan betul perkataan itu tadi.

5. Minta murid lain ikut untuk mengeja dan menyebut bersama-sama sebanyak 3 kali sebagai pengukuhan.